Monday, October 24, 2011

Terma dan Syarat

  1. Harga yang tertera di blog dan urus niaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan TIDAK termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan sebaliknya.
  2. Baca dan fahami segala penerangan (deskripsi) dan kombinasi setiap item yang dinyatakan.
  3. Warna sebenar produk/item mungkin sedikit berbeza dari gambar online disebabkan pencahayaan atau perbezaan warna resolusi setiap komputer dan kamera yang digunakan.
  4. Produk akan dihantar hanya selepas bayaran penuh dijelaskan.


PERTUKARAN DAN PEMULANGAN

  1. Item yang dijual adalah non-exchangeable & non-refundable kecuali dinyatakan sebaliknya.
  2. Pertukaran atau pemulangan hanya boleh dibuat jika kami membuat kesilapan penghantaran dan kos penghantaran akan ditanggung oleh pihak kami.
  3. Semua pertukaran dan pemulangan mesti dibuat dalam masa 7 hari dari tarikh produk sampai ke alamat penerima, mestilah dalam BUNGKUSAN ASAL yang lengkap, berkeadaan BAIK dan BOLEH DIJUAL semula.
  4. Item/Produk yang telah diguna pakai, kotor, dan dibasuh tidak layak untuk penukaran.
  5. Kami tidak akan bertanggungjawab jika anda membuat kesilapan saiz ketika membuat pesanan kecuali atas persetujuan dan pertimbangan bersama.
  6. Apa yang penting bagi kami adalah ANDA berpuas hati dengan produk dan servis yang kami berikan kerana kami mahu hubungan yang berpanjangan samada dalam bisness atau sebagai rakan taulan!